Tuesday, November 29, 2011

WAU

WAU






Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataaan "wau" dikatakan beresal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani ( Thai ) memandang negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedahmenggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahamd bermain layang-layang bersam pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau .
Apabila dinaikan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.


Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diaadakan untuk pertandingan.
Pertandingan yang melaihat bentuk kecantiaknnay diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keasian ciptaan dan ukurannya. Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan, tarikh serta asal-usulnya.
Walaubagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysai mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negeri China
Layang-layang pada masa duhulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.


Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien ( Fujian ). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia