Sunday, December 11, 2011

Jala Itik



Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan..

Jan-jan jala
 Jala itik jala ayam.
Berapa lubang kancil 
Seratus lima puluh.
Singgah Cik Dayang singgah.
Makan sirih mulut merah.

Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir
yang sedang melintas

Monday, December 5, 2011

Cari Cucu


Permainan mencari merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

lagu dari cucu

Nenek , nenek,
si bongkok tiga.
siang mengantuk,
malam berjaga.
mencari cucu 
dimana berada. nenek kahwin 
dengan anak raja.




lagu dari nenek

cucu, cucu
tak dapat lari.
nenek tua 
banyak sakti
sekarng nenek 
nak cari ganti.
siapa yang kena, 
dia yang jadi.



Galah Panjang


Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai permain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di alam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian sevara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan permain atau dengan menangkap permain.

P/S~ AKU TAK PERNAH MAIN KOT PERMAINAN NI... SIAPA2 BLH AJaR AKU CM NE NK MAIN???

Sunday, December 4, 2011

GULI


Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli, Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut diletakkan sebuah  lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam  7sm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.


P/S~ KECIK2 AKU SELALU MAIN DENGN SEPUPU AKU.. AKU HEBT KOT MAIN GULI DULU2.. HUHUHU.. SKARNG??? TAK TAHU LER.. HMPEH KOT.. 

ACI SOROK


Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.


P/S~ PEMAINAN YANG PALING AKU SUKA.. HUHUHU.. KALAU ANAK2 SAUDARA ADA KAT UMAH.. MSTI MAIN KAT DALM UMAH.. ENJOY TGK DIORANG MAIN, KADANG2 AKU MAIN GAK.. =)

KONDA-KONDI


Konda-kondi juga dikenali  sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu

P/S ~ PERMAINAN YANG TAK PERNAH AKU MAIN.. MCM MNA LER NAK MAIN NI.. ???

SEPAK TAKRAW





Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad , putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendang Tun Besar. Bola sepak raga diperbaut daripada bilah-bialh rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

P/S ~ BALIK JE KMPUNG SELALU TGK ORG MAIN.. BEST SNGT KE???