Friday, December 2, 2011

CONGKAK


Menurut beberapa orang, congkak boleh sahaja berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic memjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua lain selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000SM

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Lalu congkak tersebar ke Asia melalu pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak berkembang dari Melaka, melihat bahawa negeri ini merupakan pusat perdagangan pada zaman dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak diperayai sampai ke sana melalui perdagangaan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak menggunakan papan congkak yang mewah. Sementra di kalangan rakyat jelata, congka dimainkan sekadar dengan membuat lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. 

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum.. jom2 komen ^^