Sunday, December 4, 2011

batu seremban


Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Batu Serembat. Permainan ini gemar dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan - dua orang atau lebih. 
Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sedarhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang - di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. 
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambut buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah di mana sebijik buah yang dinamakan buah satu di gunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

P/S~ AKU LANGSUNG TAK PANDAI MAIN BENDA ALAH NI.. !! PERRRR


No comments:

Post a Comment

assalamualaikum.. jom2 komen ^^