Unsur seni dan permainan adalah keperluan asa kehidupan manusai di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat.
Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati.
Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran . kecekapan , kepantasan , dan kerjasama berpasuakn. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesaam meraka an berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara.
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdaapt cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperolehi di tepi-tepi pantai berbentuk baualt, agak leper dan licin.
Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya di kira menang. Bagi ahli sialt, satu daripada latihan menguatkan tangan ialha memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermakna tegak dan kaut semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang di mainkan oleh kanka-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu asik memusingkan dan melagakan telur. Jadi , timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan di pasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama.
Seorang permain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermual dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk lebar dan bulat. Apabial dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kaut. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.
P/S: AKU INGAT2 LUPA MASA KECIK2 ORNG MAIN GASING KAT KAMPUNG.. HUHUH BEST KOT